Monday, August 25, 2008

Ta'ruf

  • Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selamat datang ke Blog Aura Aspirasi Resources, Alhamdulillah dengan izin Allah berjaya juga blog ini disiapkan. Terlebih dahulu mohon maaf sekiranya banyak kekurangan di dalam blog ini. InsyaAllah kami akan perbaikinya dari masa ke semasa.




    Kami memilih blog sebagai platform untuk mendekati anda semua kerana kami percaya bahawa blog lebih bersifat terbuka bagi anda memberi sebarang komen dan cadangan untuk merealisasikan misi dan visi kami di Aura Aspirasi Resources.Selain itu, tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendekatan dan pendedahan kepada semua tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami.Aura Aspirasi Resources(001791870-A) adalah sebuah syarikat milik bumiputera yang berdaftar menurut peruntukan-peruntukan Akta Pendaftaran Perniaagaan 1956. Sebagai sebuah syarikat yang baru menapak, Kami di Aura Aspirasi Resources bersedia bersaing secara sihat dengan syarikat-syarikat yang sedia ada.

Syarikat ini dimiliki oleh Mohd Hisham bin Abu Hassan dan juga Muhammad Hafiz bin Md Radzi dibantu oleh Seri Noorlida Mohamed Sani. Ketiga mereka merupakan graduan dalam bidang perakaunan,Perniagaan dan Teknologi Maklumat dari Kolej Islam Antarabangsa,Gombak. Jenis Perniagaan/Perkhidmatan yang disediakan :

  • Pengurusan dan Pengatucaraan Majlis
  • Perkhidmatan Perundingan
  • Pembekal Alat Tulis
  • Peralatan Komputer
  • Barangan Am
  • Makanan dan Minuman
  • Percetakan
  • Pembekal Pakaian Siap
    Cenderamata


Selain menawarkan produk-produk yang berkualiti dan harga yang kompetitif,kami juga menawarkan khidmat-khidmat seperti khidmat rundingan dan pengaturcaraan majlis/program kepada pelanggan.Kami menawarkan khidmat yang terbaik kepada semua kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.


Untuk sebarang pertanyaan emailkan kepada kami di : auraaspirasi.info@gmail.com

No comments: